Make your own free website on Tripod.com
Datuk Rozali Isohak Ditampar Penyokong UMNO di Bachok
 

Dalam satu siri ceramah UMNO/BN yang diadakan di Bachok baru-baru ini, Datuk Rozali Isohak, Ketua Penerangan UMNO Kelantan tidak semena-mena telah ditampar oleh seorang penyokong UMNO ketika memberi ceramah di Bachok. Ketika ditahan oleh pihak keselamatan, penyokong terbabit telah menunjukkan kad keahlian UMNO beliau. Apabila ditanya mengapa beliau bertindak sedemikian, katanya beliau tidak suka dengan cara dan isi ceramah oleh Rozali Isohak itu yang lebih
kepada menghentam peribadi TG Nik Aziz daripada memberi penjelasan kepada isu-isu semasa.

Begitulah semangatnya orang Kelantan di dalam berpolitik iaitu mereka tidak teragak-agak untuk menyatakan pendirian
seandainya mana-mana pemimpin itu telah melampau seperti Datuk Rozali Isohak itu. Setakat nak pijak kepala, tidak mengapa tetapi jika sudah pijak hal-hal berkaitan dengan keagamaan atau menghina orang-orang agama, SIAP !! Tentu Ku Li terkedu melihat tindak-tanduk seperti ditunjukkan oleh penyokong UMNO terbabit kerana inilah mesej awal dari ahli UMNO di Kelantan iaitu walaupun menjadi ahli, belum tentu undi itu kepada UMNO/BN.

Ayah Sue